Panggung Opera Sydney
Panggung Opera Sydney

Panggung Opera Sydney

Panggung Opera Sydney atau dalam bahasa Inggeris, Sydney Opera House terletak di bandaraya Sydney, New South Wales adalah salah satu reka bentuk bangunan abad ke-20 yang unik dan terkenal. Panggung opera ini yang juga terletak berdekatan dengan Sydney Harbour Bridge menjadikan kedua-dua bangunan ini sebagai mercu tanda untuk negara Australia.Bagi jutaan pelancong yang datang melawat setiap tahun, panggung opera ini memiliki daya tarikan dengan reka bentuknya yang bersumberkan bentuk cangkerang laut. Selain dari objek pelancongan, panggung opera ini juga menjadi tempat untuk pelbagai pertunjukkan teater muzikal, opera, opereta, balet dan lain-lain seni teater. Panggung opera ini dikelolakan oleh "Opera House Trust" dan juga residen tetap untuk Opera Australia, Sydney Theatre Company, dan juga Sydney Symphony Orchestra.Reka bentuknya adalah berdasarkan kerja Jørn Utzon, seorang arkitek dari Denmark pada tahun 1957 yang kemudiannya membantu dalam pembinaan panggung opera ini.

Rujukan

WikiPedia: Panggung Opera Sydney http://data.gov.au/dataset/2016-soe-her-aus-nation... http://image.sl.nsw.gov.au/cgi-bin/ebindshow.pl?do... http://www.abc.net.au/news/newsitems/200504/s13553... http://www.mapygon.com/australia/new-south-wales/s... http://www.sydneyoperahouse.com http://flyvbjerg.plan.aau.dk/HARVARDDESIGN63PRINT.... http://www.chiefengineer.org/content/content_displ... http://www.sydneyarchitecture.org/ http://whc.unesco.org/en/list/166 //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=P...